Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim penuh taqwa kerana yang benar-benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat.

Saturday, June 15, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 2

HASHYAR IAITU BERKUMPUL DI PADANG MAHSYAR

Semua makhluk, manusia, jin haiwan dan lain-lain semuanya akan dikumpulkan di padang Mahsyar ini. Tujuannya ialah untuk dibicarakan oleh hakim yang maha adil iaitu Allah. Masing-masing akan dibicarakan atas kelakuan semasa hidup di dunia. Segala amal perbuatan mereka sama ada baik ataupun jahat akan dikira. Tidak terlepas sesuatupun dari pengadilan Allah. Mereka akan dibalas setiap amalan mereka dengan balasan yang seadil-adilnya.

Keadaan manusia di sini berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang rupanya macam babi, ada yang seperti monyet, ada yang berjalan dengan kakinya di atas dan kepalanya di bawah, ada yang tuli dan pekak, ada yang menggigit lidah sendiri, ada yang nanah keluar dari seluruh badannya, ada yang terpotong dua kaki dan dua tangannya dan bermacam-macam lagi keadaan mereka mengikut amalan dan tingkah laku mereka semasa hidup di dunia.

Friday, June 7, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 1

BAATH ATAU KEBANGKITAN DARI ALAM KUBUR

(hiasan)

Di sinilah bermulanya alam akhirat. Orang yang mula-mula sekali dibangkitkan ialah Nabi Muhammad S.A.W. diikuti oleh umatnya kemudian oleh para nabi dan pengikut-pengikutnya. Masing-masing dibangkitkan dalam keadaan yang berbeza-beza. Ada yang terhoyong-hayang bagaikan orang mabuk, bagai orang gila, ada yang menangis-nangis tidak keruan. Semuanya itu bergantung kepada amalan masing-masing semasa hidup di dunia ini. Kalau baik amalan di dunia ini akan dapat balasan baik dan begitulah sebaliknya.

BAATH DAN HARI AKHIRAT


(hiasan)

Kepercayaan kepada hari akhirat memasuki peringkat kedua iaitu kehidupan sesudah dibangkitkan di padang Mahsyar. Semua makhluk akan menghadapi peringkat kedua ini, peringkat demi peringkat bermula dengan kebangkitan di padang Mahsyar, kemudian diikuti dengan hisab, pengadilan (mizan), menerima suratan amalan, meniti sirat akhirnya ke SYURGA atau NERAKA, kekal abadi selama-lamanya.





TIUPAN SANGKAKALA (NAFAKHATAIN)

(hiasan)

Apabila sangkakala yang pertama itu ditiup, semua makhluk yang bernyawa akan mati. Apabila tiupan sangkakala yang kedua, semua makhluk akan dihidupkan kembali dari kubur masing-masing dalam bentuk asalnya seperti mana mereka di dunia dahulu.

Sunday, June 2, 2013

Tanda-tanda Kubra (Besar) 9

PENGHUNI DUNIA TIADA LAGI YANG BERIMAN

(hiasan)

Akhir sekali tanda-tanda kiamat ialah semua penghuni dunia tidak ada lagi orang yang beriman ertinya pada masa itu semua orang yang ada ialah kafir. Selama dunia masih didiami oleh orang beriman, selagi di dunia ini masih ada lagi orang yang menyebut nama Allah maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat melainkan semasa di dunia ini tidak ada lagi selain orang yang jahat semuanya."

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi bermaksud:

"...Kemudian Allah menghantar sejenis angin sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas bumi seorang pun yang terdapat di dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Maka tinggallah sahaja orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang dan yang mencerobaoh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas, mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara baik dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi kepada Allah? Tidakkah mahu kamu menurut ajakanku. Maka mereka bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan. Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah, mereka hidup dalam kemewahan, kemudian ditiup sangkakala pertam yang mematikan segala hidupan yang bernyawa"

Tanda-tanda Kubra (Besar) 8

HILANGNYA TULISAN AL-QURAN



Hilangnya tulisan al-quran dari mashaf dan daripada hati umat Islam. Erti ayat suci al-quran sudah hilang tulisannya dan hilang dari ingatan orang Islam.


Tanda-tanda Kubra (Besar) 7

ROSAKNYA KAABAH BAITULLAH

(hiasan)
Tanda kiamat seterusnya ialah rosaknya Kaabah Baitullah di Masjidil Haram. IA dirosakkan oleh sekumpulan bangsa Habsyi. Lalu diikuti oleh kawannya mencungkil batu-batu Kaabah dan dibuangnya ke dalam laut.

Saturday, June 1, 2013

~Hayati~


Tanda-tanda Kubra (Besar) 6

TIMBUL ASAP SELURUH BUMI

(hiasan)

Setelah Yajuj dan Ma'juj mati lalu timbul pula asap di seluruh bumi ini. Asap ini mengenai orang mukmin lalu mereka semacam terkena penyakit selsema. Tetapi jika asap itu terkena orang kafir dia akan menjadi mabuk terhoyong-hayang dan asap itu akan keluar dari hidungnya, matanya, telinganya dan duburnya.

Tanda-tanda Kubra (Besar) 5

KELUARNYA BANGSA YAJUJ SAN MA'JUJ



 Kaum ini pernah muncul pada zaman Raja Zulkarnain tetapi dipenjarakan oleh baginda dengan tembok besi yang tebal dan tinggi. Di dalam dinding tembok itulah mereka terkurung. Apabila hampir kiamat, tembok itu akan roboh, lalu kedua-dua kaum itu merosakkan dunia.




(hiasan)

Antara hadis mengenai Yajuj dan Ma'juj seperti yang diterangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud:

"Bahawa sedang Nabi Isa menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku, (Yajuj dan Maj'uj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapapun memerangi mereka. oleh itu, bawalah hamba-hamba-Ku yang bersama-sama berlindung di Bukit Tursina dan Allah keluarkan Yajuj dan Ma'juj dan merekapun meluru turun dari tempat yang tinggi...Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar. Lalu Nabi isa dan pengikut-pengikutnya berdoa kepada Allah supaya membinasakan musuh-musuh mereka. Maka Allah menghantarkan sejenis ulat bagi menyerang leher Yajuj dan Ma'juj, lalu mereka mati."