Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim penuh taqwa kerana yang benar-benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat.

Friday, May 31, 2013

Tanda-tanda Kubra (Besar) 4

TURUNNYA NABI ALLAH ISA ALAIHISSALAM

(hiasan)

Tanda keempat akan berlakunya kiamat ialah turunya nabi Allah Isa A.S. dari langit ke dunia. Ketika itu dajjal masih bermaharajalela. Nabi Isa telah membunuh dajjal tersebut dan menjadi hakim (raja) yang adil dan jujur memerintah dunia ini. Beliaulah yang akan memusnahkan salib orang Kristian dan membunuh babi-babi. Hadis mengenai kedatangan Nabi Isa A.S. bermaksud:

"Maka kedudukan Nabi Isa di kalangan umatku adalah sebagai pemerintah yang adil, pemimpin yang jujur, menghancurkan perang salib (sebagai tanda hancurnya agama Kristian), membunuh babi, menghapuskan jizyah (cukai kepala). (Ini membawa pengertian bahawa satu-satunya agama yang diterima oleh umat manusia pada saat itu hanyalah agama Islam. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa pemerintahan Islam akan mengenakan jizyah ke atas orang Islam. Sedekah ditinggalkan (tidak ada yang suka menerima, sebab kekayaan orang Islam sudah berlebihan, ketika itu tidak ada orang menderita kelaparan dan kemiskinan). Tidak ada menguruskan kekayaan kambing atau unta. Rasa dendam dan benci lenyap sama sekali. Semuanya hidup rukun dan damai. Dihilangkan segala racun segala sesuatu yang berbisa sehingga jika seseorang kanak-kanak memasukkan tangannya ke dalam mulut ular sekalipun perbuatan itu tidak akan membahayakan dan kehadiran serigala di kalangan kambing juga tidak mendatangkan bahaya kerana seolah-olah anjing gembala yang menjaga keselamatan kambing-kambing itu. Seluruh permukaan bumi penuh dengan kesejahteraan, semua manusia hanya menyembah Allah yang satu. Peperangan tidak berlaku lagi. Kaum Quraisy memperolehi kekuatannya kembali dan bumi bagaikan bejana perak, suburnya menambahkan tanaman-tanaman seperti zaman Nabi Allah Adam A.S."

 Begitulah diterangkan di dalam hadis tersebut mengenai kedatangan Nabi Isa A.S. dan zaman pemerintahannya.


No comments:

Post a Comment