TITIAN AS-SIRAT
(hiasan)
Setelah selesai manusia diadili oleh Allah S.W.T., masing-masing telah tahu akan balasannya dan keputusan yang sama ada mereka termasuk di dalam kumpulan Ashabul Yamin (ahli syurga) atau Ashabul Syimal (ahli neraka).
Ashabul Yamin ialah mereka yang menerima suratan amalan masing-masing dari sebelah kanan. Ertinya mereka adalah kumpulan manusia yang bernasib baik dan berbahagia. Mereka adalah ahli syurga. Sementara Ashabul Shimal pula ialah sebelah kiri, mereka adalah terdiri daripada golongan yang malang nasibnya kerana mereka adalah ahli neraka.
Setelah masing-masing menerima suratan amalan, mereka akan ke destinasi masing-masing sama ada ke syurga atau ke neraka. Mereka semuanya akan melalui titian Sirat Al-Mustaqim. Titian yang diletakkan untuk menyeberangi lautan api neraka, titian yang di kanannya terdapat banyak pengait-pengait untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait. Orang yang terkait kaki itu ada dua golongan:
- Golongan yang gugur jatuh ke dalam lautan api itu ialah orang yang pada masa hidup di dunia telah terkait, terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan syaitan atau nafsu liarnya sehingga terjatuh ke dalam lubuk kejahatan dan kedurhakaan sampai matinya tanpa sempat bertaubat.
- Golongan yang rebah bangun, rebah bangun dan akhirnya selamat sampai ke seberang. Mereka ialah orang yang pada masa hayat di dunia kerapkali dikait, dipengaruhi dan diperdayakan oleh syaitan atau nafsu amarahnya melakukan maksiat. Tetapi pada tiap-tiap kali mereka jatuh ke dalam satu-satu kesalahan, mereka segera ingatkan azab siksa tuhan, lalu mereka menyesal dan bertaubat sampai mati dalam keadaan taatkan Allah.
- Golongan yang istimewa dapat meyeberang titian Sirat dengan jayanya dan selamat ke syurga.
No comments:
Post a Comment