Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim penuh taqwa kerana yang benar-benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat.

Saturday, December 28, 2013

Bala itu ujian Allah S.W.T.


Firman Allah S.W.T.:

"Tiada berlaku sesuatu bencana yang terjadi di atas muka bumi ini, atau ke atas diri kamu, melainkan yang demikian itu telah tercatat di dalam kitab (azal) sebelum kami melaksanakan terjadinya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah S.W.T. mudah sekali. Supaya kamu tiada berdukacita terhadap apa-apa yang terlepas dari tanganmu, dan tidak bangga pula dengan apa-apa yang diberikannya kepada kamu, dan Allah tidak menyintai orang yang sombong dan membanggakan dirinya."
(Surah al-Hadid: 22-23)



Seorang Islam yang beriman mestilah beriktikad dan mempercayai bahawa segala bala dan musibah (bencana) yang menimpannya adalah ujian Allah ke atas dirinya yang telah ditakdirkan untuk dirinya. Bala yang menimpa dirinya itu adalah ujian Allah terhadap keimanannya. Dan yakinlah bahawa segala bala itu ada mempunyai hikmah yang tidak ternilai. Sesuatu yang baik mesti diuji, kalau tidak diuji, kita tidak tahu baik buruknya.



Firman Allah S.W.T.:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak akan diuji lagi."
(Surah al-Ankabut: 2)



Justeru itu orang yang kuat imannya banyak menerima ujian daripada Allah. Ujian itu akan memberi nilai terhadap kualiti iman seseorang dan ia akan memberi nilai terhadap kualiti iman seseorang dan ia akan berguna bagi memperkekalkan iman seseorang. seseorang itu hendaklah hidup dengan berikhtiar iaitu bekerja dan berusaha sedaya-upaya sambil bertawakal dan berdoa. Bertawakal ertinya menyerahkan nasib diri dan usaha kita kepada Allah S.W.T..  Akhirnya haruslah diingat bahawa penentuan terakhirnya adalah berada di dalam kekuasaan Allah S.W.T.







Firman Allah S.W.T.:

"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah S.W.T., sebab sesungguhnya tidak akan berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang kafir sahaja."
(Surah Yusuf: 87)

Wednesday, December 25, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 6

SYURGA DAN NERAKA

Kedua-dua tempat inilah merupakan tempat terakhir yang akan dimasuki oleh semua makhluk, manusia, jin dan syaitan. Syurga ialah tempat balasan yang paling nikmat yang kekal abadi yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya yang soleh. Nikmatnya yang tidak terhingga tidak terbayang di fikiran, begitulah gambaran nikmat syurga itu. Ada tujuh buah syurga iaitu Jannatul Firdaus, And, Ma'wa, Naim, Darus Salam, Darul Muqamah, Al-Maqam Al-Amin.

Begitulah juga neraka ada tujuh peringkat iaitu Jahanam, Jahim, Hawiyah, Wail, Sagar, Sair, Ladha dan Hutanah. Bahan pembakar neraka-neraka tersebut terdiri daripada manusia dan jin. Sementara kekuatan api ialah 70 kali ganda kepanasan api dunia.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Kepanasan api yang kamu gunakan di dunia oleh anak Adam adalah 1/70 kepanasan api neraka jahanam."


Sementara makanan ahli neraka pula adalah buah Zaqqum iaitu sejenis buah yang pahit rasanya dan busuk baunya, mendidih di dalam perut apabila memakannya yang akan menghancurkan dan memutuskan tali perut.

Friday, December 20, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 5

TITIAN AS-SIRAT

(hiasan)

Setelah selesai manusia diadili oleh Allah S.W.T., masing-masing telah tahu akan balasannya dan keputusan yang sama ada mereka termasuk di dalam kumpulan Ashabul Yamin (ahli syurga) atau Ashabul Syimal (ahli neraka).

Ashabul Yamin ialah mereka yang menerima suratan amalan masing-masing dari sebelah kanan. Ertinya mereka adalah kumpulan manusia yang bernasib baik dan berbahagia. Mereka adalah ahli syurga. Sementara Ashabul Shimal pula ialah sebelah kiri, mereka adalah terdiri daripada golongan yang malang nasibnya kerana mereka adalah ahli neraka.

Setelah masing-masing menerima suratan amalan, mereka akan ke destinasi masing-masing sama ada ke syurga atau ke neraka. Mereka semuanya akan melalui titian Sirat Al-Mustaqim. Titian yang diletakkan untuk menyeberangi lautan api neraka, titian yang di kanannya terdapat banyak pengait-pengait untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait. Orang yang terkait kaki itu ada dua golongan:

  1. Golongan yang gugur jatuh ke dalam lautan api itu ialah orang yang pada masa hidup di dunia telah terkait, terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan syaitan atau nafsu liarnya sehingga terjatuh ke dalam lubuk kejahatan dan kedurhakaan sampai matinya tanpa sempat bertaubat.
  2. Golongan yang rebah bangun, rebah bangun dan akhirnya selamat sampai ke seberang. Mereka ialah orang yang pada masa hayat di dunia kerapkali dikait, dipengaruhi dan diperdayakan oleh syaitan atau nafsu amarahnya melakukan maksiat. Tetapi pada tiap-tiap kali mereka jatuh ke dalam satu-satu kesalahan, mereka segera ingatkan azab siksa tuhan, lalu mereka menyesal dan bertaubat sampai mati dalam keadaan taatkan Allah.
  3. Golongan yang istimewa dapat meyeberang titian Sirat dengan jayanya dan selamat ke syurga.



Thursday, December 12, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 4

MIZAN ATAU TIMBANGAN AMAL



Semua amalan manusia semasa hidup ini dicatatkan oleh malaikat Raqib dan 'Atid. Segala jenis perbuatan sama ada baik atau buruk tidak terlepas daripada catatan malaikat tersebut. Semuanya akan direkod dan kemudian akan diadili oleh Allah S.W.T Hakim Yang Maha Adil. Setiap perbuatan yang dilakukan semasa hidup di dunia akan dihisap dan akan menerima hukuman seadil-adilnya.

Sesiapa yang amalan baiknya lebih berat akan menerima buku amalannya dari sebelah kanan (Ashabul Yamin) dan mereka ini akan masuk ke Syurga. Maka yang jahat akan menerima buku amalannya dari sebelah kiri (Ashabul Syimal) dan sudah pasti mereka ini akan masuk ke Neraka.

Firman Allah S.W.T.:

"Maka sesiapa yang berat timbangan-timbangannya, maka orang itu adalah di dalam kehidupan yang diredhai dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya, maka tempat kembalinya adalah Neraka "Hawiyah". Adakah engkau tahu apakah neraka Hawiyah, iaitu neraka yang apinya panas menyala-nyala."
(Surah al-Qariah: 5-11)

Sabda Rasulullah S.A.w.:

"Daripada Abi Barzah Al-Aslami R.A. daripada Nabi S.A.W. sabdanya: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang itu dari tempat berdirinya pada hari kiamat di Padang Mahsyar di hadapan pengadilan Allah melainkan ditanya terlebih dahulu mengenai umurnya k emana dihabiskan, ditanya ilmunya untuk apakah ia digunakan. Ditanya juga mengenai hartanya dari mana diperolehnya dan bagaimana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan dan kecerdasannya."
(Riwayat Tarmizi)

Daripada Jabir R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Diletakkan neraca pada hari kiamat, lalu ditimbang amal-amal yang baik dan amal-amal yang jahat, maka sesiapa yang berat timbangan amalan baiknya daripada amalan jahatnya, masuklah dia ke Syurga dan sesiapa yang berat timbangan amal-amal jahatnya daripada amal-amal baiknya masuklah ke Neraka."
(Riwayat Abu Syaikh) 

Saturday, August 24, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 3

SYAFAAT 'UZMA

Ertinya pertolongan terbesar yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada semua makhluk. Rasulullah S.A.W. berdoa kepada Allah agar disegerakan hisab ke atas umat manusia lalu diperkenakan Allah.

Daripada Ibn Umar R.A. katanya, "aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya matahari akan dekat ke atas kepala manusia hingga air peluh sampai ke paras telinga, maka dalam masa mereka berkeadaan demikian, mereka meminta pertolongan daripada Nabi Adam A.S. lalu beliau menolak dan berkata: aku bukanlah orang untuk itu. Kemudian mereka meminta pula kepada Nabi Musa A.S. Dia menjawab dengan jawapan yang sama seperti Nabi Adam. Akhir sekali mereka datang menemui Nabi Muhammad S.A.W. memohon syafaatnya. lalu Rasulullah mengemukakan syafaatnya. Setelah itu Allah Taala memulakan perbicaraan untuk menghakimi khalayak yang ramai itu...., maka pada waktu itu Allah mengangkatnya (Nabi Muhammad S.A.W.) ke martabat "Maqamam Mahmuda" (maqam paling terpuji) yang dipuji oleh semua makhluk yang ada di padang Mahsyar."

Selain daripada Nabi Muhammad S.A.W., nabi-nabi yang lain, para alim ulama, para syuhada (orang yang mati syahid) juga diberi keistimewaan oleh Allah untuk mereka memberi syafaat masing-masing. Syafaat itu adalah syafaat kecil, seperti memasukan seseorang kedalam syurga tanpa hisab.


Saturday, June 15, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 2

HASHYAR IAITU BERKUMPUL DI PADANG MAHSYAR

Semua makhluk, manusia, jin haiwan dan lain-lain semuanya akan dikumpulkan di padang Mahsyar ini. Tujuannya ialah untuk dibicarakan oleh hakim yang maha adil iaitu Allah. Masing-masing akan dibicarakan atas kelakuan semasa hidup di dunia. Segala amal perbuatan mereka sama ada baik ataupun jahat akan dikira. Tidak terlepas sesuatupun dari pengadilan Allah. Mereka akan dibalas setiap amalan mereka dengan balasan yang seadil-adilnya.

Keadaan manusia di sini berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang rupanya macam babi, ada yang seperti monyet, ada yang berjalan dengan kakinya di atas dan kepalanya di bawah, ada yang tuli dan pekak, ada yang menggigit lidah sendiri, ada yang nanah keluar dari seluruh badannya, ada yang terpotong dua kaki dan dua tangannya dan bermacam-macam lagi keadaan mereka mengikut amalan dan tingkah laku mereka semasa hidup di dunia.

Friday, June 7, 2013

Peringkat-peringkat yang dialami oleh manusia (makhluk) 1

BAATH ATAU KEBANGKITAN DARI ALAM KUBUR

(hiasan)

Di sinilah bermulanya alam akhirat. Orang yang mula-mula sekali dibangkitkan ialah Nabi Muhammad S.A.W. diikuti oleh umatnya kemudian oleh para nabi dan pengikut-pengikutnya. Masing-masing dibangkitkan dalam keadaan yang berbeza-beza. Ada yang terhoyong-hayang bagaikan orang mabuk, bagai orang gila, ada yang menangis-nangis tidak keruan. Semuanya itu bergantung kepada amalan masing-masing semasa hidup di dunia ini. Kalau baik amalan di dunia ini akan dapat balasan baik dan begitulah sebaliknya.

BAATH DAN HARI AKHIRAT


(hiasan)

Kepercayaan kepada hari akhirat memasuki peringkat kedua iaitu kehidupan sesudah dibangkitkan di padang Mahsyar. Semua makhluk akan menghadapi peringkat kedua ini, peringkat demi peringkat bermula dengan kebangkitan di padang Mahsyar, kemudian diikuti dengan hisab, pengadilan (mizan), menerima suratan amalan, meniti sirat akhirnya ke SYURGA atau NERAKA, kekal abadi selama-lamanya.





TIUPAN SANGKAKALA (NAFAKHATAIN)

(hiasan)

Apabila sangkakala yang pertama itu ditiup, semua makhluk yang bernyawa akan mati. Apabila tiupan sangkakala yang kedua, semua makhluk akan dihidupkan kembali dari kubur masing-masing dalam bentuk asalnya seperti mana mereka di dunia dahulu.

Sunday, June 2, 2013

Tanda-tanda Kubra (Besar) 9

PENGHUNI DUNIA TIADA LAGI YANG BERIMAN

(hiasan)

Akhir sekali tanda-tanda kiamat ialah semua penghuni dunia tidak ada lagi orang yang beriman ertinya pada masa itu semua orang yang ada ialah kafir. Selama dunia masih didiami oleh orang beriman, selagi di dunia ini masih ada lagi orang yang menyebut nama Allah maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat melainkan semasa di dunia ini tidak ada lagi selain orang yang jahat semuanya."

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi bermaksud:

"...Kemudian Allah menghantar sejenis angin sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas bumi seorang pun yang terdapat di dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Maka tinggallah sahaja orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang dan yang mencerobaoh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas, mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara baik dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi kepada Allah? Tidakkah mahu kamu menurut ajakanku. Maka mereka bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan. Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah, mereka hidup dalam kemewahan, kemudian ditiup sangkakala pertam yang mematikan segala hidupan yang bernyawa"

Tanda-tanda Kubra (Besar) 8

HILANGNYA TULISAN AL-QURAN



Hilangnya tulisan al-quran dari mashaf dan daripada hati umat Islam. Erti ayat suci al-quran sudah hilang tulisannya dan hilang dari ingatan orang Islam.


Tanda-tanda Kubra (Besar) 7

ROSAKNYA KAABAH BAITULLAH

(hiasan)
Tanda kiamat seterusnya ialah rosaknya Kaabah Baitullah di Masjidil Haram. IA dirosakkan oleh sekumpulan bangsa Habsyi. Lalu diikuti oleh kawannya mencungkil batu-batu Kaabah dan dibuangnya ke dalam laut.

Saturday, June 1, 2013

~Hayati~


Tanda-tanda Kubra (Besar) 6

TIMBUL ASAP SELURUH BUMI

(hiasan)

Setelah Yajuj dan Ma'juj mati lalu timbul pula asap di seluruh bumi ini. Asap ini mengenai orang mukmin lalu mereka semacam terkena penyakit selsema. Tetapi jika asap itu terkena orang kafir dia akan menjadi mabuk terhoyong-hayang dan asap itu akan keluar dari hidungnya, matanya, telinganya dan duburnya.

Tanda-tanda Kubra (Besar) 5

KELUARNYA BANGSA YAJUJ SAN MA'JUJ



 Kaum ini pernah muncul pada zaman Raja Zulkarnain tetapi dipenjarakan oleh baginda dengan tembok besi yang tebal dan tinggi. Di dalam dinding tembok itulah mereka terkurung. Apabila hampir kiamat, tembok itu akan roboh, lalu kedua-dua kaum itu merosakkan dunia.




(hiasan)

Antara hadis mengenai Yajuj dan Ma'juj seperti yang diterangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud:

"Bahawa sedang Nabi Isa menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku, (Yajuj dan Maj'uj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapapun memerangi mereka. oleh itu, bawalah hamba-hamba-Ku yang bersama-sama berlindung di Bukit Tursina dan Allah keluarkan Yajuj dan Ma'juj dan merekapun meluru turun dari tempat yang tinggi...Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar. Lalu Nabi isa dan pengikut-pengikutnya berdoa kepada Allah supaya membinasakan musuh-musuh mereka. Maka Allah menghantarkan sejenis ulat bagi menyerang leher Yajuj dan Ma'juj, lalu mereka mati."

Friday, May 31, 2013

Tanda-tanda Kubra (Besar) 4

TURUNNYA NABI ALLAH ISA ALAIHISSALAM

(hiasan)

Tanda keempat akan berlakunya kiamat ialah turunya nabi Allah Isa A.S. dari langit ke dunia. Ketika itu dajjal masih bermaharajalela. Nabi Isa telah membunuh dajjal tersebut dan menjadi hakim (raja) yang adil dan jujur memerintah dunia ini. Beliaulah yang akan memusnahkan salib orang Kristian dan membunuh babi-babi. Hadis mengenai kedatangan Nabi Isa A.S. bermaksud:

"Maka kedudukan Nabi Isa di kalangan umatku adalah sebagai pemerintah yang adil, pemimpin yang jujur, menghancurkan perang salib (sebagai tanda hancurnya agama Kristian), membunuh babi, menghapuskan jizyah (cukai kepala). (Ini membawa pengertian bahawa satu-satunya agama yang diterima oleh umat manusia pada saat itu hanyalah agama Islam. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa pemerintahan Islam akan mengenakan jizyah ke atas orang Islam. Sedekah ditinggalkan (tidak ada yang suka menerima, sebab kekayaan orang Islam sudah berlebihan, ketika itu tidak ada orang menderita kelaparan dan kemiskinan). Tidak ada menguruskan kekayaan kambing atau unta. Rasa dendam dan benci lenyap sama sekali. Semuanya hidup rukun dan damai. Dihilangkan segala racun segala sesuatu yang berbisa sehingga jika seseorang kanak-kanak memasukkan tangannya ke dalam mulut ular sekalipun perbuatan itu tidak akan membahayakan dan kehadiran serigala di kalangan kambing juga tidak mendatangkan bahaya kerana seolah-olah anjing gembala yang menjaga keselamatan kambing-kambing itu. Seluruh permukaan bumi penuh dengan kesejahteraan, semua manusia hanya menyembah Allah yang satu. Peperangan tidak berlaku lagi. Kaum Quraisy memperolehi kekuatannya kembali dan bumi bagaikan bejana perak, suburnya menambahkan tanaman-tanaman seperti zaman Nabi Allah Adam A.S."

 Begitulah diterangkan di dalam hadis tersebut mengenai kedatangan Nabi Isa A.S. dan zaman pemerintahannya.


Thursday, May 30, 2013

Tanda-tanda Kubra (Besar) 3

KELUARNYA AL-MASIH DAJJAL

(perhiasan)

Al-Masih Dajjal ertinya ahli dusta dan penipu besar. Pengarang Mustika Hadis halaman 322 menyebut mengenai dajjal-dajjal itu ialah orang yang menyembunyikan dan mengubah perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya. Nabi Muhammad S.A.W. kerapkali mengingatkan umatnya di dalam beberapa hadis supaya menjaga diri daripada bencana dajjal dan pengaruhnya dan besar bahaya.

Di antara hadis-hadis itu ialah hadis daripada an-nawas bin Sam'an R.A. katanya Rasulullah S.A.W. menyebut perihal Dajjal.

"Sebenarnya Dajjal itu ialah seorang muda yang rambutnya kerinting, matanya timbul (buta sebelah) dia akan muncul di satu jalan di antara negeri Sham dengan negeri Iraq, serta dia melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur dan tempat orang yang enggan menerima dakwaannya - menjadi tempat terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur - juga mempunyai kuasa ajaib seperti menjadikan orang muda yang kuat gagah terpenggal badanya dan dicampakkan yang satu jauh dari yang satu lagi kemudian diserunya lalu kedua potongan itu bersatu dan orang muda itu hidup kembali dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya...lalu berkata wahai hamba Allah sekalian, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh dengan dakwaannya. Kami bertanya "Ya Rasulullah berapa lama dia bermaharajalela di muka bumi?" Jawab baginda, "selama 40 hari..." Baginda menerangkan lagi semasa dajjal itu bermaharajalela, Allah telah menurunkan Nabi Isa a.s. berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyek. Maka Nabi Isa A.S. pun mengejar dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama 'Lud' lalu dibunuhnya."

Tanda-tanda Kubra (Besar) 2

MUNCULNYA IMAM AL-MAHDI

(sebagai perhiasan)

Beliau adalah keturunan Rasulullah S.A.W., namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Akhlaknya dan budi pekertinya menyerupai akhlak Rasulullah. Demikian juga bentuk leher, dahinya, dan mancung hidungnya.Beliau memerintah dunia ini dengan adil dan saksama, menghapuskan segala kezaliman penganiayaan. Beliau mengembalikan syariat Islam, menegakkan sunnah Rasulullah, agama Islam akan tegak semula di muka bumi ini. Kedudukan beliau amat berkuasa dan kuat, suasana kehidupan aman dan damai, adil dan bahagia, harta kekayaan negara dibahagikan sama rata di seluruh negara. Beliau bersama-sama Nabi Allah Isa A.S. akhirnya berjaya membunuh Dajjal. Beliau berada di bumi memerintah selama 7 tahun.

Sunday, May 26, 2013

Tanda-tanda Kubra (Besar) 1

MATAHARI TERBIT DARI ARAH BARAT


Terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya binatang yang pandai bercakap. Pada waktu ini hari kiamat sudah hampir tiba. Susunan kejadian alam sudah berubah, matahari yang dulunya terbit dari sebelah timur menjadi sebaliknya. Kini matahari terbit dari sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur pula. Selain itu keluar pula sejenis binatang dari perut bumi yang pandai berkata-kata dengan manusia (Dabbaatulardh).

Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya tanda-tanda pertama yang keluar yang menunjukkan terlalu hampir waktu tibanya hari kiamat ialah terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya sejenis binatang di khalayak ramai di waktu siang hari. Kedua-dua kejadian itu berlaku dalam jangka waktu yang amat dekat."
(Hadis Riwayat Muslim)

Dan sabdanya lagi:

"Tidaklah berlakunya hari kiamat sehingga terbitnya matahari dari sebelah barat, maka apabila matahari telah terbit dari barat maka berimanlah semua manusia (yang sebelumnya adalah kafir). Keimanan seseorang pada waktu itu tidak lagi ada gunanya dan tidak diambil kira lagi, begitu juga kerja-kerja kebajikan atau usaha-usaha kebaikan yang dilakukan dalam keimanan itu juga tiada gunanya."

Bentuk rupa binatang tidak perlu dibincangkan dan dibahas secara detail dan mendalam. Yang wajib ialah kita percaya akan kemunculannya sebagaimana yang diceritakan di dalam hadis di atas.

Thursday, May 23, 2013

Tanda-tanda Syughra (kecil)


~Antara tanda-tanda syughra dunia akan kiamat banyak sekali. Antaranya ilmu agama tidak diberi perhatian sewajarnya dan diringankan oleh orang islam sendiri. Kebanyakan daripada mereka bodoh dalam selok-belok agama, perbuatan zina berlaku berleluasa, arak diminum di mana-mana seolah-olah minum arak itu bukannya suatu perbuatan haram yang dilarang Allah. Jumlah kaum wanita melebihi jumlah kaum lelaki. orang miskin menjadi kaya raya dan menjadi pemimpin serta berlumba-lumba dengan orang kaya.

Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwatkan oleh Muslim yang bermaksud:

''...Jika demikian maka berilah tahu kepadaku tentang tanda-tanda kedatangan hari kiamat. Nabi S.A.W. bersabda:"Tanda-tanda itu engkau akan dapati adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya, dan engkau akan melihat penduduk desa yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna, yang miskin menderita, yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu sama lain membina bengunan-bangunan yang mewah dan tinggi."




Dalam Kitab Mustika Hadis halaman 62 ada diterangkan mengenai tanda-tanda hampirnya kedatangan kiamat antaranya ialah:

1. Apabila susut dan kurang ilmu pengetahuan agama dengan kematian seseorang yang alim di dalam sesuatu cawangan ilmu yang tertentu dan tidak dapat diganti.
2. Apabila merebaknya kejahilan mengenai ilmu agama dengan sebab kurangnya orang yang suka mempelajarinya.
3. Apabila diserahkan sesuatu urusan agama seperti jawatan Ketua Negara, Mufti, Kadi, dan sebagainya untuk dikendalikan oleh orang yang bukan ahlinya.
4. Apabila sesuatu masyarakat dipimpin oleh ketua yang fasik (jahat) yang suka menggalakkan maksiat dan perbuatan durjana.
5. Apabila orang yang bersifat benar dikatakan pendusta. Pendusta dikatakan orang yang benar, orang yang khianat disifatkan amanah, orang yang amanah dikatakan khianat, orang yang adil disifatkan zalim, orang yang zalim disifatkan adil, orang yang jahil mempunyai pengaruh dan bermaharajalela dengan berlagak pandai dalam ilmu agama sehingga orang alim terpaksa mendiamkan diri setelah tugasnya tidak lagi dihargai.
6. Apabila arak menjadi adat kebiasaan diminum berterangan di sana-sini dengan digalakkan oleh pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua mereka.
7. Apabila perbuatan lucah (zina) dan cabul dilakukan dengan berterangan di merata-rata tempat tanpa segan, dan tidak mendapat sebarang teguran kerana kelemahan iman sehingga kalau ada yang menegur, maka orang yang menegur itu boleh dikatakan imannya sekuat Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar pada zaman sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Thursday, May 16, 2013

Orang-Orang Beriman Itu Sesungguhnya Bersaudara

















Diriwayatkan daripada Orang-Orang Beriman Itu Sesungguhnya Bersaudara anas r.a.
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:
"tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama muslim seperti halnya dia menyayangi dirinya sendiri"
(al-Bukhari)

Saturday, May 4, 2013

~Bingkisan Doa~


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,
AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT
DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN
PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA
CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

~Konsep Syahadat~


Setiap orang islam, sama ada islamnya adalah islam keturunan yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya ataupun tidak adalah diwajibkan mengetahui dan memahami konsep syahadat atau makna-makna yang terkandung dalam dua kalimah syahadat. Ini adalah disebabkan semakin luas dan mendalam kita mengetahui, mengerti dan memahami konsep syahadat maka semakin kuat dan teguhlah kesedaran dan keimanan untuk menunaikan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadat itu, iaitu:

1. Dibuktikan dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang merupakan sebagai tiang kepada kebesaran islam.

2. Dibuktikan dengan menunaikan zakat.

3. Dibuktikan dengan menunaikan ibadat puasa Ramadan.

4. Dibuktikan dengan menunaikan ibadat haji ke Mekah, bagi yang berkuasa sekali seumur hidup.

5. Kezuhudan hidup di dunia ini dengan meninggalkan dosa-dosa besar, dan perbuatan-perbuatan yang mungkar yang diharamkan dan dilarang oleh Allah.

Seseorang Muslim yang membuktikan penyaksiannya kebenaran Allah dan Rasulnya dengan lima ciri amalan fardu tersebut, yang juga merupakan asas kepada binaan Muslim yang dijanjikan oleh Allah mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat...

(Asas-asas fardu ain: Ustaz Sulaiman Endut)

Friends~=)...




~Semoga pesahabatan antara kami semua akan kekal akrab untuk selama-lamanya dan biarkan kematian yang memisahkan kami semua...walaupun masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tesendiri,kami saling bantu membantu dan lengkap melengkapi antara satu sama lain...

Sahabat dan kawan




~Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian~

INGAT:

1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL.Mula-mula kejar...Dah dapat sepak...

2.Kawan tu bukan macam main SKATE.Mula-mula gosok...Lepas tu pijak...

3.Kawan tu bukan macam main RAGBI.Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang...

4.Kawan tu bukan macam PAMPERS.Dah pakai pastu buang...

5.Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.Waktu baru beli pakai...Dah sengkek gadai...

6.Kawan tu bukan macam PELANGI.Hari cerah hilang...Hujan gerimis baru muncul...

7.Kawan tu bukan macam KERETA.Rosak sikit jual...Beli baru...

8.Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.Kejap ade kejap takde...

9.Kawan tu bukan macam BANK.Bila dah takde duit baru nak cari...







Saya hanya manusia biasa


Saya manusia yang tidak sempurna, kerana itu saya sampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya thu..

Pesanan yang saya tulis bukan kerana saya orang alim, ia hanya sekadar usaha supaya dikasihi-Nya..

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini, anda memang benar...

....Itulah SAYA....

Forget him who has given so many wonderful memories is not easy thing, but if it's best, then let it go!

Friday, May 3, 2013

Mengucap Dua Kalimah Syahadat...


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Islam itu dibina di atas ilmu asas iaitu syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.A.W. itu pesuruh Allah.Kedua ialah mendirikan sembahyang fardu lima waktu.ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan.Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardu haji ke Mekah bagi yang berkuasa"

Hadis tersebut merupakan suatu hadis yang amat penting yang membicarakan tentang Rukun Islam yang lima yang wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengaku dirinya seorang islam.

Rukun islam yang lima itu merupakan asa bagi keislaman seseorang. tidaklah sempurna keislaman seseorang itu selagi rukun-rukun yang lima ini diabaikan.